Sunday 24 July 2011

BeriKaN aKu SeCebiS KasiHMu...

Buntu..keliru..apa pandangan orang nanti..semua tu mulai menhenyak fikiranku beberapa malam kebelakang ini..Ya Allah..betulkan pilihan ku ini..betulkah keputusanku selama ini..tersasarkah aku dari pentas kehidupanmu..sungguh..aku sukar mengerti keadaan diriku ini sekarang.

Allah,
Pada saat ini aku amat memerlukan keberkatan n keredhamu terhadap ku. Berilah aku peluang Ya Allah. Berilah aku secebis kasihmu walau ku tahu aku tak layak memilikinya. Aku sedar aku terlalu leka dengan dunia khayalan ciptaanku sendiri..selalu melalaikan suruhanmu.. Ya Allah...aku mohon keampunan daripadamu..

Allah,
Berilah aku peluang untuk aku membantu adik-adikku dalam membina masa depan mereka..
Berilah aku ruang untuk menuntut ilmu dan berkongsi dengan mereka..
Berilah aku kekuatan iman untuk tidak mensia-siakan mereka..

Sesungguhnya..di saat ini..aku benar2 memerlukan pertolonganmu Ya Allah

Monday 11 July 2011

BiLa KiTa MeMiLiH UnTuK MeLanGkAh TeMpanG

Tempang memang tak sempurna..
Walau tak kenal kita dapat menilainya..
Tapi tak bermakna hatinya tak sempurna..
Jadi janganlah dirinya di hina.

Bagaimana pula dengan yang sempurna luaran tp hati dan pemikirannya tempang...
Maka sudah tentula susah untuk kita menilainya...
Sehinggalah pabila kita mengenalinya..

Tempang maksudku adalah bagi orang2 yang suka mengambil kesempatan di atas simpati orang lain..
Yang bukan tidak mampu..namun suka meminta-minta..
Yang lebih suka mengejar dosa dari mencari pahala..
Yang menutup kebenaran..namum menyebarkan fitnah..
Dan yang suka mencari kekurangan dan kelemahan orang lain dari menilai diri sendiri.

Wahai anda..jgnlah anda menggolongkan diri anda dalam golongan ini...
Sesungguhnya ia tidak memberi kebaikan buat diri anda..
Carilah nilai terbaik dan paling penting tingkah laku yang diredhai Allah..
Memang kita manusia tidak boleh sesempurnaNya..
Namun kita boleh menghampirinya..

<blink> Sekadar renungan bersama <blink>

Thursday 7 July 2011

MaKaN UntUk JadI sIHat

Baru-baru aku join satu program ni..program tuk org hat terlebih sihat..ooops..hehe..
Tapi aku suka coz baru aku ada tekanan tuk jadi sihat..6 bulan kot diawasi..target 10% berat badan turun dlm masa tu..fuh letih dengar..

Ape2 pun hari ni aku nak share sikit la pasal Makan Untuk Jadi Sihat..

Seperti yg diterangkan oleh pakar zat pemakanan..panduan Piramid Makanan adalah alat terbaik untuk membantu kita makan secara sihat. Sajian yang seimbang mengandungi makanan daripada kesemua lima kumpulan, yang ditunjukkan dalam setiap aras piramid. Secara kesimpulannya:
- Makanan di aras bawah perlu dimakan paling banyak setiap hari.
- Makanan di aras paling atas hendaklah dikurangkan.
- Pastikan korang mencampurkan makanan drpd setiap aras. So, baru lah korang dapat pelbagai nutrien
   yang diperlukan.






Jom sama-sama tuk kita jadi sihat!!! Tuk lebih detail pasal berapa hidangan tu..rajin2 la melayari website Kementerian Kesihatan k.

Tuesday 5 July 2011

KaDanG - KadAnG...

Untuk Di Kongsi Bersama...

" Kadang-kadang kita berdoa untuk buat..
       tapi, banyak pula dugaan yang datang..
   Kadang-kadang kita minta cerdik..
       tapi, masalah pula yang bertandang..
  Kadang-kadang kita minta kebahagiaan..
      tapi, huru-hara pula menjelang.. "

Dugaan menjadikan kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru-hara menjadikan kita tabah.

SUBHANALLAH!
Bertapa hebatnya Allah. Semua aturnya ada hikmah tersembunyi.

BiLa NiaT HanYa Di HaTi

Acapkali bila membaca atau melihat kisah insan yg tak berupaya di media..hatiku berkata..aku nk beri sumbangan sikit kalau aku jumpa insan seperti mereka..namun bila realitinya..aku hanya memandang sepi..arghh..knapa begitu berat hatiku dan lakuku..

Lalu..aku bertanya pada sahabatku..maka katanya itu la yang selalu berlaku jika kita hanya berniat di hati. Katanya..lafaz niat tak sepatutnya bergantung pada hati saja..semasa niat seharusnya niat dengan jiwa, minda, azam dan yang penting demi ke jalan Allah S.W.T. Maka..barulah diri kita benar2 bersedia untuk melalukannya dengan sempurna dan juga dengan izinNya.

Bila dipikir-pikirkn ada benar juga katanya. 

ehem-ehem: Ni untuk niat yg baik saja k.

Wednesday 29 June 2011

Tiada LaGi SamPul MeRah Jambu

Hari ini genap seminggu pemergiannya..
Tiada tangisan disisinya..
Hanya alunan doa..
Moga dapat dijadikan bekalan buatnya..

Namun..aku akan merindui senyuman itu..
Walau ditemani kedut seribu..
Tapi amat manis bagiku..
Hanya dialah yang satu..

Raya ini tiada lagi hadiah bagiku..
Yang diletak dalam sampul merah jambu..
Diterima dalam sendu..
Di pagi raya yang penuh syahdu..

Ya Allah, tempatkan lah atukku di tempat paling baik di sisimu.

Sunday 19 June 2011

Kehebatan LukisanNya







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar pembuka bicara,
Moga sihat, aman dan sejahtera,
Terima kasih yang tak terhingga,
Kepada kamu yang sudi meluangkan masa.

Gembira kerna akhirnya terbuka hatiku tuk mula mencoret sepatah dua kata..
Bukan tuk mendabik dada tp hnya tuk berkongsi bersama..
Buat kata temanku dulu..Sharing is Caring..haha..
Seperti kehebatan lukisan alam ciptaan Allah SWT..kita sama2 berkongsi keindahannya..
Semua makhluknya berhak merasakannya kan...
Maka, begitula juga dgn kehidupan kita..
Moga mungkin boleh dijadikan panduan dan rujukan..tp jgn terlalu copy n paste k..
Ukur baju di badan sendiri..=)